23.4.14

3 Peristiwa Penting di Bulan Jumadilakhir


Bulan Hijriah Jumadilakhir 1434 akan segera berakhir. Dalam bulan ini, ada beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam. Berikut tiga di antaranya:

1. Abu Bakar As-Siddiq meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke-13 Hijrah atau bersamaan 12 Agustus 634 Masehi di berumur 63 tahun. Ia kemudian dimakamkan bersebelahan dengan maqam Rasulullah SAW. Semasa hidupnya, Abu Bakar merupakan salah satu orang pertama yang menerima dakwah Rasul dan membenarkan kerasulan Baginda SAW.

Khalifah Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sedikitpun ketika wafatnya. Sebelum kematiannya, beliau melantik Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Pelantikan Umar Al-Khattab sebagai khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke-13 Hijrah.

3. Terjadinya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadilakhir tahun ke-13 Hijrah. Peperangan ini dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid dengan jumlah pasukan Muslimin sebanyak 45,000 orang dan menghadapi tentara Rum (Byzantin) sebanyak 240,000 orang.

Dalam peperangan ini, separuh tentara Rom hilang setengahnya, sedangkan dari pihak kaum Muslimin mencapai sekitar 3,000 orang syahid. Tentara kaum Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid ini memenangkan perang.

No comments:

Post a Comment